Jambatan Sultan Yusuf Akan Ditutup?

PENJELASAN :

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin memperjelaskan  kenyataan bahawa Jambatan Sultan Yusuf atau lebih dikenali Jambatan Batu 5 akan ditutup selama 24 jam sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar : Sinar Harian

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin memaklumkan jambatan berkenaan akan ditutup bermula jam 5 pagi 12 Ogos sehingga 5 pagi 13 Ogos kepada orang ramai bagi memberi laluan kepada kerja-kerja membaiki kerosakan dan penyelengaraan.

“Mesyuarat yang dipengerusi oleh Timbalan Pengarah JKR Perak, telah bersetuju cadangan jangka pendek untuk membaiki Walk Bearing  yang rosak pada 12 Ogos ini,” katanya.

Tambahnya, disamping menggantikan Walk Bearing tersebut, pihak JKR juga ingin melihat lebih dekat cadangan reka bentuk kekal dalam tempoh tiga minggu lagi.

SUMBER :

Facebook JKR Hilir Perak

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI