Jika Masuk Nombor Pin ATM Secara Terbalik, Pihak Berkuasa Akan Datang Beri Bantuan?

PALSU :

Tular di media sosial mendakwa bahawa jika pengguna memasukkan nombor PIN secara terbalik, tindakan tersebut akan mengaktifkan ciri-ciri keselamatan tambahan di mana pihak berkuasa akan dihantar ke tempat pengguna tersebut berada.

Sumber gambar: WhatsApp


SEBENARNYA :

Sebaran mesej kononnya bantuan pihak polis akan diterima sekiranya anda memasukkan nombor pin di mesin ATM secara terbalik adalah TIDAK BENAR.

Pengesahan dengan Bank Negara Malaysia telah dibuat dan tidak ada kod sekuriti dengan cara memasukkan nombor pin terbalik pernah diwujudkan untuk keselamatan pengguna mesin ATM.

SUMBER : 

Polis Diraja Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI