Mangsa Buli Kolej Vokasional Di Terengganu Dipaksa Melalukan Oral Seks?

PALSU :

Telah dilaporkan oleh media bahawa mangsa kes buli sebuah kolej vokasional di Terengganu dipaksa melalukan kegiatan seks oral

Gambar hiasan. Sumber gambar : Azlan Zamhari


SEBENARNYA :

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) menafikan laporan sebuah portal akhbar berbahasa Inggeris kononnya dua daripada tiga mangsa buli sebuah kolej vokasional di sini telah dipaksa melakukan seks oral oleh pelajar senior, Selasa lepas.

Pengarahnya, Shafruddin Ali Hussain berkata hasil siasatan mendapati perkara itu tidak berlaku sama sekali dan ianya telah dinafikan oleh tiga mangsa buli terbabit.

SUMBER :

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI