PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa kononnya terdapat notis dari Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memaklumkan orang ramai bahawa terdapat gangguan elektrik di seluruh Sabah dan Labuan dari jam 8 pagi hingga 4 petang.
SEBENARNYA :
Sabah Electricity Sdn Bhd dalam kenyataan bertarikh 10 Disember 2016 menafikan sebarang kenyataan atau notis berhubung gangguan bekalan elektrik di seluruh negeri Sabah dan Labuan.
Pengurus Besar (Komunikasi Korporat) SESB, Chendramata Sinteh berkata kenyataan yang disebarkan pihak yang tidak bertanggungjawab melalui media sosial Facebook dan WhatsApp itu adalah palsu.
SUMBER :