Notis Palsu TNB Kunci Rumah Pelanggan?

PENJELASAN :

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperjelaskan dakwaan satu mesej yang dikitar semula dari tahun lalu, bahawa terdapat pihak yang mengaku sebagai wakil pihaknya mengunci rumah pelanggan dan memberi notis palsu bertulis “Maklum Balas Rumah Berkunci” dengan niat untuk merompak rumah berkenaan, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber dari The Hype

Menurut TNB, penyebaran maklumat bahawa notis “Maklum Balas Rumah Berkunci” sebagai notis palsu oleh pihak tertentu bagi tujuan rompakan adalah tidak benar. Sebaliknya, ia adalah notis yang dikeluarkan oleh warga kerja TNB di Unit Perjangkaan TNB Kuala Lumpur sebagai prosedur biasa, menurut Pengurus Besar Kanan, Perkhidmatan Pengguna, Bahagian Pembahagian TNB, Ir. Kamaliah Abdul Kadir.

“Ia dikeluarkan apabila warga kerja berkenaan tidak dapat mengakses meter disebabkan premis pengguna tidak dapat dimasuki akibat pintu pagar berkunci atau                                                                      halangan lain,” katanya.

TNB juga telah menafikan posting yang sama apabila ia pertama kali ditularkan pada tahun 2016.

SUMBER :

Facebook Tenaga Nasional Berhad (Kenyataan pada 2016)

Twitter Tenaga Nasional Berhad (Kenyataan pada 2016)

Berita Harian (Kenyataan pada 2017)

Astro Awani (1) (Kenyataan pada 2017)

Astro Awani (2) (Kenyataan pada 2016)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI