Skip to content
cropped-SEBENARNYA-LOGO-1.png

Primary Menu
  • UTAMA
  • NASIONAL
  • SOSIAL
  • LOGO
  • SALUR
Video
  • Home
  • SOSIAL
  • Beras Cap Rambutan Dicampur Plastik?
  • PENJELASAN
  • SOSIAL

Beras Cap Rambutan Dicampur Plastik?

uzair June, 2017 2 minutes read
cap rambutan

PALSU :

Merujuk kepada beberapa klip video yang telah tular di media sosial berkaitan dakwaan kandungan beras plastik dalam kampit beras Jenama Rambutan Super Special Tempatan 5%.

Sumber gambar : Facebook


SEBENARNYA :

Cawangan Kawalselia Padi dan Beras(KPB), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menjalankan pemeriksaan di kilang pemprosesan dan pembungkusan beras jenama tersebut pada 18 Jun 2017 di Mergong, Alor Setar, Kedah. Pemeriksaan dijalankan termasuk mengenalpasti punca utama beras dan meneliti keseluruhan proses pembungkusan beras tersebut.

Hasil pemeriksaan dan siasatan mendapati syarikat tersebut memperolehi bekalan beras dari sumber sah iaitu dari petani dan pengilang tempatan. Pemeriksaan juga mendapati tidak terdapat kelengkapan mesin untuk menghasilkan beras plastik di premis tersebut.

Beberapa siri ujian juga telah dijalankan seperti ujian ketahanan beras, ujian iodin bagi menguji kandungan kanji serta ujian bakar dan masak. Berdasarkan keputusan awal, tiada bendasing plastik dijumpai dalam beras tersebut. Seterusnya, sampel beras juga telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi analisis lanjut. Siasatan dan pemeriksaan yang sama akan dijalankan ke atas kilang pengeluar beras tersebut di negeri lain.

Kemaskini :

Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras, Shamsuddin Ismail berkata, analisa Jabatan Kimia terhadap sampel beras jenama Rambutan yang diambil di sebuah kilang pemprosesan dan pembungkusan beras di Alor Setar mendapati ia tulen dan tiada kandungan plastik.

Shamsuddin juga berkata, sampel-sampel beras turut diambil dari beberapa lokasi lain termasuk kilang di Perak dan Pahang serta pasar raya di Selangor turut dihantar ke Jabatan Kimia.

SUMBER :

Bernama

Facebook Cawangan Kawal Selia Padi dan Beras, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI


About the Author

uzair

Subscriber

View All Posts

Post navigation

Previous: KWSP Sekat Akaun Ahli Dalam Tempoh 24 Jam?
Next: Kerajaan Perak Beri “Bonus Rakyat 1Perak (BR1P) Sempena Ramadan?

Related Stories

f_0
  • Ekonomi
  • NASIONAL
  • PENJELASAN

FELDA Mahu Jual Saham FGV?

uzair July, 2017
memilih-beras-yang-sehat-untuk-keluarga2-1024
  • Ekonomi
  • Kepenggunaan
  • SOSIAL

Bernas Umum Harga Baru Beras di Sabah?

uzair June, 2017
download (2)
  • Kepenggunaan
  • PENJELASAN

PLUS Tutup Kesemua Lorong Tambah Nilai Mulai 22 Jun?

nabel June, 2017
©2024 SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA | MoreNews by AF themes.