Skip to content
cropped-SEBENARNYA-LOGO-1.png

Primary Menu
  • UTAMA
  • NASIONAL
  • SOSIAL
  • LOGO
  • SALUR
Video
  • Home
  • NASIONAL
  • Urus Tadbir
  • LHDNM Mengeluarkan Analisa Berhubung Pengurusan Hasil Negara?
  • Urus Tadbir

LHDNM Mengeluarkan Analisa Berhubung Pengurusan Hasil Negara?

admin August, 2017 1 minute read
Screen Shot 2017-07-18 at 3.39.16 PM

PENJELASAN :

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memperjelaskan dakwaan kononnya pihak LHDNM dan pegawainya telah mengeluarkan analisa berhubung pengurusan hasil negara, sepertimana yang ditularkan di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

 

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM),

“Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah mengesan satu artikel berkenaan dengan pengurusan hasil negara yang kononnya dari Group LHDN menjadi tular semula melalui aplikasi Whatsapp dan platform media sosial. Sebelum ini artikel yang sama turut menjadikan tajuk “Analisa Bajet 2017” yang turut mengaitkan LHDNM sebagai sumber penulisannya.

Menurut rekod pihak LHDNM, artikel berkenaan telah ditularkan secara bermusim sejak tahun 2015 lagi dan beberapa penafian telah dikeluarkan oleh LHDNM sebelum ini kerana ia secara sengaja mengaitkan nama LHDNM.

Justeru, LHDNM dengan ini sekali lagi ingin menafikan bahawa artikel tersebut dikeluarkan oleh LHDNM atau bersumberkan mana-mana pegawai LHDNM. LHDNM berpandangan artikel tersebut dikaitkan dengan LHDNM secara tidak bertanggungjawab dan ditularkan semata-mata bertujuan untuk menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat dengan analisa ekonomi yang tidak tepat.”

SUMBER :

Penafian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Tahun 2017

Penafian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Tahun 2016


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI


About the Author

admin

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Proses Mendapatkan Sijil Halal JAKIM Lambat ?
Next: Pasar Raya Di Tawau Jual Sayur Plastik?

Related Stories

Logo KKM
  • Urus Tadbir

Tiada Kemudahan Dialisis Di Pulau Langkawi ?

admin August, 2017
KKM
  • Urus Tadbir

KKM Membelanjakan RM400 Juta Untuk 500 Ambulans ?

admin August, 2017
Screen Shot 2017-08-11 at 11.15.51 AM
  • NASIONAL
  • Urus Tadbir

Diskaun Saman Daripada Perbadanan Putrajaya Pada Bulan Ogos ?

admin August, 2017
©2024 SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA | MoreNews by AF themes.