Skip to content
cropped-SEBENARNYA-LOGO-1.png

Primary Menu
  • UTAMA
  • NASIONAL
  • SOSIAL
  • LOGO
  • SALUR
Video
  • Home
  • SOSIAL
  • Jenayah
  • Polis Saman Kenderaan Halang Laluan di Jalan Persendirian?
  • Jenayah

Polis Saman Kenderaan Halang Laluan di Jalan Persendirian?

admin July, 2017 1 minute read
Saman-Polis-Trafik-1

PENJELASAN :

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan dakwaan bahawa pihak PDRM telah secara tidak sah menyaman kenderaan yang diparkir di atas jalan milik persendirian, sepertimana yang tular di media sosial.

 

Sumber gambar : Polis Diraja Malaysia.

Menurut Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, tindakan menyaman kenderaan yang menghalang laluan di Kampung Serampang Indah (Gatco) adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan laluan berkenaan ialah tanah rezab jalan yang dimiliki oleh kerajaan negeri.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol Noorzainy Mohd Noor, tindakan itu berlandaskan peraturan undang- undang di bawah Akta 333 Akta Pengangkutan Jalan 1987 Seksyen 48 Galangan disebabkan kenderaan di jalan, jika mana pemandu kenderaan menyebabkan atau membenarkan kenderaan itu dihentikan di jalan dalam apa juga keadaan mengakibatkan bahaya dan kesusahan kepada orang lain.

Ujarnya lagi, jalan tersebut merupakan rezab jalan kerajaan negeri dan bukan sepertimana yang didakwa sesetengah pihak sehingga menjadi tular dalam laman sosial bahawa ianya tanah milik persendirian. “Rezab jalan sepanjang 1.8 kilometer dengan kelebaran jalan seluas 40 meter.”

Facebook Polis Diraja Malaysia

Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI


About the Author

admin

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Murid Ditampar dan Ditendang Guru Sekolah Akibat Lewat?
Next: Majelis Ulama Indonesia Fatwa Haramkan Ajinomoto, Kandungan Mengandungi Khinzir?

Related Stories

atm-withdrawal-640x427
  • Jenayah

Waspada Panggilan Telefon Minta Tukar Pin ATM

admin August, 2017
Phone-Scam-Alert
  • Jenayah

Panggilan Dari 03-20719999 Tawar Selesaikan Kes Kemalangan?

admin July, 2017
Untitled-126
  • Jenayah

Amaran Dari IPD Ampang Mengenai Modus Operandi Rompakan di Majlis Kahwin?

admin July, 2017
©2024 SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA | MoreNews by AF themes.