Skip to content
cropped-SEBENARNYA-LOGO-1.png

Primary Menu
  • UTAMA
  • NASIONAL
  • SOSIAL
  • LOGO
  • SALUR
Video
  • Home
  • NASIONAL
  • Urus Tadbir
  • LHDNM Kuantan Sewa Bangunan Berkos Tinggi, Guna Wang Pembayar Cukai?
  • Urus Tadbir

LHDNM Kuantan Sewa Bangunan Berkos Tinggi, Guna Wang Pembayar Cukai?

admin August, 2017 1 minute read
image (3)

PENJELASAN :

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memperjelaskan dakwaan bahawa pihaknya menyewa bangunan Pejabat LHDNM di Menara CDO, Kuantan, Pahang dengan kos tinggi dan  menggunakan wang pembayar cukai di negeri tersebut, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: CDO Resources.

Menurut LHDNM, Pejabat LHDNM Kuantan di Menara CDO mula disewa apabila ruang pejabat lama yang berada di Kuantan Centre Point tidak lagi mampu menampung bilangan kakitangan, pelanggan dan perkhidmatan yang ditawarkan mereka.

Kata keyataan itu lagi, Menara CDO menyediakan ruang kerja yang selesa kepada hampir 250 kakitangan dan lebih 230 pelanggan dalam melaksanakan urusan harian setiap hari. Dengan pelbagai kemudahan yang didapati di pejabat baru tersebut seperti lot parkir, ruang dewan, ruang kaunter khidmat pelanggan, surau dan tandas, kemudahan mesra Orang Kelainan Upaya (OKU), dan bilik mesyuarat, ia didapati dengan bayaran sewa yang sedikit mahal berbanding di pejabat lama.

LHDNM turut menafikan dakwaan bahawa LHDNM menggunakan wang pembayar cukai di Negeri Pahang untuk membayar sewa bangunan tersebut.

SUMBER :

Kenyataan Media Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Twitter Kementerian Kewangan 

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI


About the Author

admin

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) Akan Diadakan Pada 13 Oktober 2017?
Next: Tiada Lagi Istilah “PM” Bagi Peniaga Atas Talian ?

Related Stories

Logo KKM
  • Urus Tadbir

Tiada Kemudahan Dialisis Di Pulau Langkawi ?

admin August, 2017
KKM
  • Urus Tadbir

KKM Membelanjakan RM400 Juta Untuk 500 Ambulans ?

admin August, 2017
Screen Shot 2017-08-11 at 11.15.51 AM
  • NASIONAL
  • Urus Tadbir

Diskaun Saman Daripada Perbadanan Putrajaya Pada Bulan Ogos ?

admin August, 2017
©2024 SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA | MoreNews by AF themes.