Skip to content
cropped-SEBENARNYA-LOGO-1.png

Primary Menu
  • UTAMA
  • NASIONAL
  • SOSIAL
  • LOGO
  • SALUR
Video
  • Home
  • NASIONAL
  • Urus Tadbir
  • Kerajaan Mahu Jual 4 Lokasi Kem Tentera?
  • Urus Tadbir

Kerajaan Mahu Jual 4 Lokasi Kem Tentera?

admin July, 2017 1 minute read
FEA04_050612_BANDAR_TENTERA

PORT DICKSON, 5 Jun -- Bandar Port Dickson begitu berbeza dengan bandar-bandar lain di negara ini kerana bandar ini berkait rapat dengan ketenteraan sejak tertubuhnya kompeni percubaan Askar Melayu pada 1 Mac 1933. Dengan terlakarnya sejarah bandar Port Dickson yang sinonim dengan latihan ketenteraan selama 79 tahun yang lepas, maka bandar ini akan terus menjadi legasi kepada warisan tentera darat. --fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA *** Local Caption *** MENGIRINGI RENCANA-PORT DICKSON SINONIM DENGAN KETENTERAAN

PENJELASAN :

Kementerian Pertahanan memperjelaskan dakwaan bahawa pihak kerajaan berhasrat menjual 4 lokasi kem tentera di ibu negara dan Johor Bahru, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Bernama.

Menurut Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Johari Baharum, kerajaan sedang merancang untuk melakukan pembangunan semula kem tentera yang lama supaya lebih sesuai dengan peredaran zaman dengan menempatkan semula kem di lokasi yang lebih sesuai. Katanya, sesetengah kem didapati tidak sesuai berada di lokasi sedia ada berikutan pembangunan di kawasan sekitarnya.

“Kalau kita tengok sesetengah kem kita memang tak sesuai dengan keadaan pembangunan sekarang seperti lapangan terbang di Kem Sungai Besi. “Begitu juga Kem Batu Kentomen, kalau kita tengok tempat itu sudah jadi tempat komersial yang mana tidak lagi sesuai dan kita melakukan pemindahan kem-kem kita ini mengikut jadual,” katanya.

Dalam perkara berkaitan, Johari turut menafikan bahawa kerajaan berhasrat jual beberapa kem tentera untuk menyelamatkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

SUMBER :

Bernama

Twitter Bernama

Twitter Bernama Radio


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI


About the Author

admin

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: 74 Kontena Mengandungi Daging Babi Terlepas Daripada Pemeriksaan Maqis?
Next: Tiada Bekalan Vaksin Antirabies Di Sarawak ?

Related Stories

Logo KKM
  • Urus Tadbir

Tiada Kemudahan Dialisis Di Pulau Langkawi ?

admin August, 2017
KKM
  • Urus Tadbir

KKM Membelanjakan RM400 Juta Untuk 500 Ambulans ?

admin August, 2017
Screen Shot 2017-08-11 at 11.15.51 AM
  • NASIONAL
  • Urus Tadbir

Diskaun Saman Daripada Perbadanan Putrajaya Pada Bulan Ogos ?

admin August, 2017
©2024 SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA | MoreNews by AF themes.