Skip to content
cropped-SEBENARNYA-LOGO-1.png

Primary Menu
  • UTAMA
  • NASIONAL
  • SOSIAL
  • LOGO
  • SALUR
Video
  • Home
  • SOSIAL
  • Jenayah
  • Waspada Panggilan Telefon Minta Tukar Pin ATM
  • Jenayah

Waspada Panggilan Telefon Minta Tukar Pin ATM

admin August, 2017 1 minute read
atm-withdrawal-640x427

WASPADA :

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan SMS atau panggilan telefon yang kononnya daripada kakitangan Bank Negara Malaysia (BNM) yang mendakwa terdapat penyalahgunaan kad kredit atas nama penerima panggilan dan meminta mangsa melakukan transaksi wang ke dalam akaun tertentu.

Sumber gambar: Harian Metro.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kelantan Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud mengesahkan menerima laporan bahawa seorang penjawat awam yang lesap wangnya selepas diperdaya individu menyamar sebagai kakitangan BNM yang memintanya melakukan prosedur tertentu kononnya bagi menukar nombor pin di ATM. Malangnya, ianya merupakan prosedur bagi pemindahan wang ke akaun lain.

Menurut Mohamed Zulmazi, kes akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Kita menasihatkan orang ramai tidak terpedaya dengan sebarang SMS atau panggilan telefon yang meragukan bagi mengelak diperdaya,” katanya.

SUMBER :

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI


About the Author

admin

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Syarikat Kellogg Guna Bahan Ramuan Tidak Halal ?
Next: Kamera AES Dipasang Di Plaza Tol ?

Related Stories

Phone-Scam-Alert
  • Jenayah

Panggilan Dari 03-20719999 Tawar Selesaikan Kes Kemalangan?

admin July, 2017
Saman-Polis-Trafik-1
  • Jenayah

Polis Saman Kenderaan Halang Laluan di Jalan Persendirian?

admin July, 2017
Untitled-126
  • Jenayah

Amaran Dari IPD Ampang Mengenai Modus Operandi Rompakan di Majlis Kahwin?

admin July, 2017
©2024 SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA | MoreNews by AF themes.