PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa seorang warga Thai ditangkap bersama van putih dan seorang kanak-kanak kononnya diculik bagi pemerolehan organ mangsa.
SEBENARNYA :
Penyebaran maklumat melalui media-media sosial yang mendakwa bahawa terdapat van putih yang menggunakan plat negara jiran sedang berkeliaran dan akan menculik kanak-kanak sebagai mangsa organ di kawasan Selangor terutamanya daerah Sabak Bernam pada masa ini adalah tidak benar dan palsu semata-mata.
Polis Selangor dengan ini menafikan sekeras-kerasnya penyebaran maklumat tersebut dan maklumat tersebut cuba menimbulkan kegusaran kepada masyarakat. Walau bagaimanapun pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai penyebaran maklumat tersebut.