PALSU :
Hangat diperkatakan di media sosial kononya Padiberas Nasional Berhad (Bernas) telah mengumumkan harga baru beras kepada pemborong beras di negeri Sabah. Maklumat yang tular tersebut mendakwa sumber dari pengerusi Bernas Sabah menyebut harga beras dinaikkan RM1 untuk kampit seberat 10 kilogram (kg) dan RM0.50 untuk 5kg.
SEBENARNYA :
Padiberas Nasional Berhad (Bernas) menafikan membuat pengumuman mengenai harga baharu untuk mana-mana beras kepada pemborong beras di Sabah.
Pengurus Besar Bernas Sabah Jasnih Daya berkata sekiranya ada sebarang perubahan harga, pejabat Bernas Sabah akan dimaklumkan secara rasmi oleh ibu pejabat Bernas di Kuala Lumpur.“Setakat ini tidak ada arahan atau maklumat diterima berhubung perubahan itu,” katanya.