PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa daging orang Islam di Palestin dimasukkan ke dalam burger McDonald’s.
SEBENARNYA :
Menurut Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), daging burger McDonald’s yang berada di pasaran Malaysia adalah buatan tempatan. Justeru, adalah mustahil perkara ini berlaku di Malaysia.
JAKIM turut menegaskan bahawa McDonald’s Malaysia merupakan pemegang sijil Pengesahan Halal Malaysia.
SUMBER
Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM