PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa kerajaan negeri Perak memberi ”Bonus Rakyat 1Perak (BR1P)” sebanyak RM750 kepada rakyat Perak yang berumur antara 18 hingga 55 tahun sempena menyambut bulan Ramadan. Mesej yang tersebar itu turut menyertakan satu pautan bagi mereka yang berniat memohon bonus berkenaan.
SEBENARNYA:
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menafikan penularan mesej di media sosial kononnya kerajaan negeri Perak memberi ”Bonus Rakyat 1Perak (BR1P)” sempena menyambut bulan Ramadan.
“Ini merupakan permainan media sosial oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan perkara seperti ini pernah menjadi tular dengan mendakwa saya akan memberi Bonus Rakyat 1Perak dan ia tidak banyak bezanya (penipuan),” katanya. Tambahnya, “Jadi saya ingin memaklumkan kepada rakyat di negeri supaya tidak percaya terhadap berita palsu yang tersebar di media sosial ini.