Skip to content
cropped-SEBENARNYA-LOGO-1.png

Primary Menu
  • UTAMA
  • NASIONAL
  • SOSIAL
  • LOGO
  • SALUR
Video
  • Home
  • NASIONAL
  • Keselamatan
  • Susu Mentah Sihat Diminum Terus Tanpa Pasteurisasi?
  • Kepenggunaan
  • Keselamatan
  • Kesihatan
  • NASIONAL

Susu Mentah Sihat Diminum Terus Tanpa Pasteurisasi?

shahnon November, 2016 1 minute read
jug and glass of milk

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa promosi susu mentah yang tidak dikenakan perlakuan haba atau pasteurisasi dengan menyatakan kawalan rantaian sejuk adalah dikekalkan dan susu tersebut adalah selamat  untuk diminum terus.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA :

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menegaskan  bahawa  meminum susu mentah termasuk susu lembu dan kambing tanpa perlakuan haba seperti pendidihan atau pempasteuran boleh meningkatkan risiko seseorang mengalami jangkitan penyakit seperti bovine tuberculosis (bovine TB) dan brucellosis kerana susu mentah boleh mengandungi bakteria  berbahaya seperti mycobacterium bovis dan brucella.  Di samping itu juga, meminum susu unta mentah tanpa perlakuan haba seperti pempasteuran disyaki menjadi punca jangkitan penyakit Middle East Respiratory Syndrome (MERS) dalam beberapa kes kerana susu mentah berkenaan berkemungkinan mengandungi virus MERS-CoV. Penyakit-penyakit ini boleh membawa maut.

Penjualan susu mentah tanpa perlakuan haba adalah satu kesalahan di bawah Peraturan 51(1A), Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan  2009, Akta Makanan 1983 yang akan berkuatkuasa mulai 1 Disember 2016 dan sesiapa yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun.

SUMBER :

Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI


About the Author

shahnon

Subscriber

View All Posts

Post navigation

Previous: Minyak Masak Kitar Semula Di Pasaran?
Next: Arab Saudi Tidak Lagi Terima Matawang Ringgit Malaysia?

Related Stories

0555bbe9368a05bff51437bdc1ff702e_XL
  • NASIONAL

Mangsa Buli Kolej Vokasional Di Terengganu Dipaksa Melalukan Oral Seks?

admin January, 2018
spr-election-commission
  • NASIONAL
  • PRU

SPR Terlibat Terbit Klip Video Berunsur Hasutan?

admin January, 2018
kementerian-pelancongan-keb
  • Kepenggunaan

Kerajaan Perkenalkan Lesen Khas Umrah Untuk Agensi Pelancongan?

admin January, 2018
©2024 SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA | MoreNews by AF themes.