SPR Terlibat Terbit Klip Video Berunsur Hasutan?

,

PALSU :

Tular di media sosial berkenaan sebuah video berunsur hasutan yang kononnya diterbitkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sumber gambar : Brands of the world


SEBENARNYA :

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan penglibatannya dalam penerbitan sebuah klip video berkaitan kempen daftar pemilih untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang disifatkan berunsur hasutan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata perkara itu berpunca daripada tindakan produksi terbabit yang menggunakan logo dan alamat laman web SPR pada akhir video, sekali gus menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

Sehubungan itu, beliau berkata SPR tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya logo badan berkenaan disalah guna tanpa kebenaran dengan tujuan untuk mengelirukan rakyat dan boleh menjejaskan imejnya.

“SPR memberi amaran kepada pihak terbabit agar tidak sewenang-wenangnya menggunakan logo badan ini untuk tujuan mana-mana produksi atau kempen tanpa kebenaran daripada badan ini,” katanya dalam kenyataan. Menurutnya, klip video berdurasi 1 minit 40 saat dalam bahasa Mandarin yang tular di media sosial itu membawa kecenderungan berunsur hasutan dan menimbulkan kebencian kepada pihak tertentu melalui kuasa undi mereka.

SUMBER :

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI