PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa kod kelahiran bagi negeri Pahang telah ditukar oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

SEBENARNYA :
Tiada penukaran kod kelahiran bagi negeri Pahang dalam kad pengenalan, tegas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Sehubungan itu JPN berkata, maklumat yang disebarkan tentangnya baru-baru ini adalah palsu.
JPN dalam kenyataan menegaskan sehingga kini tiada sebarang perubahan pada kod negeri kelahiran untuk Pahang iaitu 06, 32 dan 33. Justeru, jabatan itu mengingatkan orang ramai agar berwaspada dan tidak mempercayai hebahan tersebut.
SUMBER
