PALSU :
Tular di media sosial dakwa anbahawa Ajinomoto mengandungi kandungan berunsur babi.

Gambar Hiasan. Sumber : Facebook
SEBENARNYA :
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan syarikat pengeluar bahan perisa makanan, Ajinomoto menggunakan unsur babi dalam pemprosesan produknya seperti yang tersebar dan menjadi viral di media sosial.
Bahagian Hab Halal Jakim mengesahkan bahawa Ajinomoto Malaysia Berhad adalah pemegang sijil halal yang sah.
SUMBER :
Facebook Bahagian Hab Halal, Jakim
