Skip to content
cropped-SEBENARNYA-LOGO-1.png

Primary Menu
  • UTAMA
  • NASIONAL
  • SOSIAL
  • LOGO
  • SALUR
Video
  • Home
  • SOSIAL
  • Buah Kurma Dari Timur Tengah Dijangkiti Virus ‘Corona’?
  • SOSIAL

Buah Kurma Dari Timur Tengah Dijangkiti Virus ‘Corona’?

uzair May, 2017 2 minutes read
dates-skin-benefits-1

PALSU :

Tersebar luas di media sosial amaran kononnya buah kurma dari negara Timur Tengah dijangkiti virus ‘Corona’ (coronavirus) berikutan terdapatnya banyak kelawar yang tinggal di pokok kurma.

Versi 1:

Sumber gambar: WhatsApp

Versi 2:

Sumber gambar: WhatsApp


SEBENARNYA :

Merujuk kepada isu jangkitan coronavirus yang disebabkan oleh kelawar ke atas buah kurma dari negara Timur Tengah yang tular di dalam media sosial, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat semakan mengenai perkara ini dengan pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation – WHO) untuk mendapatkan maklumat samada terdapat sebarang amaran atau makluman yang telah dikeluarkan oleh Negara Timur Tengah atau negara lain. Pihak WHO memaklumkan buat masa ini tiada amaran berkaitannya yang dikeluarkan oleh pihak WHO mahupun Kementerian Kesihatan negara yang dinyatakan.

Sehubungan itu, orang ramai diminta tidak mempercayai berita-berita yang tidak tepat yang boleh mengelirukan dan boleh menimbulkan panik di kalangan masyarakat. Perkongsian mesej tular yang tidak tepat boleh menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat dan menggugat kesejahteraan umum.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

SUMBER :

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

New Straits Times


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI


About the Author

uzair

Subscriber

View All Posts

Post navigation

Previous: Serangan ‘Ransomware’ Telah Merebak Ke Platform Perbankan Dan Pembelian Dalam Talian?
Next: Jet Pejuang Gugur Bom Di Sungai Muar?

Related Stories

memilih-beras-yang-sehat-untuk-keluarga2-1024
  • Ekonomi
  • Kepenggunaan
  • SOSIAL

Bernas Umum Harga Baru Beras di Sabah?

uzair June, 2017
cap rambutan
  • PENJELASAN
  • SOSIAL

Beras Cap Rambutan Dicampur Plastik?

uzair June, 2017
cropped-SKMM-MCMC-2014.png
  • Kepenggunaan
  • Keselamatan
  • NASIONAL
  • SOSIAL

SKMM Intip, Pantau Kandungan Whatsapp?

shahnon May, 2017
©2024 SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA | MoreNews by AF themes.