Jualan Kereta Murah Luar Biasa Di JPJ Perak?

PALSU :

Tular di media sosial berkenaan program lelongan jual kenderaaan murah luar biasa yang didakwa anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sumber Gambar : Facebook


SEBENARNYA :

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan adanya lelongan ‘luar biasa’ melibatkan 51 kenderaan pelbagai jenama di Pejabat JPJ Negeri Perak Rabu ini.

JPJ berkata maklumat jumlah dan jenis kenderaan yang disebarkan adalah tidak benar sebaliknya JPJ Perak hanya membuat lelongan terhadap 26 motosikal dan 11 kereta seperti yang disiarkan dalam akhbar utama tempatan sebelum ini.

SUMBER :

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI