Kompleks ICQS Tebedu, Serian Ditutup Ekoran Berlakunya Ketegangan Dan Rusuhan Di Sempadan Malaysia-Indonesia?

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya Kompleks ICQS Tebedu, Serian ditutup ekoran berlakunya ketegangan dan rusuhan di sempadan Malaysia-Indonesia.

Ketengangan dikatakan berkaitan dengan dakwaan terdapat mayat warga Indonesia tanpa organ yang dihantar pulang ke Indonesia selepas meninggal dunia di Malaysia.

Sumber : Whatsapp


SEBENARNYA :

Pihak PDRM mengesahkan bahawa kenyataan yang digembar-gemburkan di dalam media sosial berkaitan Kompleks ICQS Tebedu, Serian ditutup ekoran berlakunya ketegangan dan rusuhan di sempadan Malaysia-Indonesia adalah tidak benar.

Keadaan kompleks adalah tenang dan pergerakan keluar masuk di sempadan beroperasi seperti biasa.

SUMBER :

Polis Diraja Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI