Laman Web Mirip PETRONAS Tawar Peluang Pekerjaan?

,

WASPADA  :

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan   laman web yang kononnya dari Petroliam Nasional Bhd (Petronas) yang mendakwa bahawa pihak mereka sedang membuka peluang pekerjaan dan pengambilan tenaga kerja.

Gambar hiasan. Sumber : Business-Human rights.

Pihak Petronas memaklumkan bahawa pencari pekerjaan harus berhati-hati dengan satu laman web dengan pautan www.petronasoil.net yang meniru laman web rasmi Petronas.

Kata kenyataan itu lagi, siasatan mereka mendapati bahawa pemilik laman web itu telah mendaftar nama domain menggunakan pengenalan palsu dan kini melakukan penipuan dalam skim pengambilan pekerja itu.

“Modus operandi sindiket ialah berlagak sebagai agensi pengambilan pekerja bagi Petronas dan mengenakan bayaran wang tertentu kepada pencari pekerjaan untuk memperolehi peluang pekerjaan dengan Petronas.

SUMBER :

Bernama

Laman web rasmi PETRONAS

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI