Minuman Susu Kultur Vitagen Punca Kanser Perut?

,

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa minuman Vitagen akan menyebabkan kanser perut, terutamanya kepada kanak-kanak.

Sumber gambar: Blog Bencigst.

SEBENARNYA :

Kementerian Kesihatan menafikan dakwaan bahawa minuman susu kultur Vitagen boleh menyebabkan kanser perut kepada kanak-kanak. Timbalan Menteri Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata setakat ini tiada bukti yang menyokong dakwaan tersebut.

“Kanser perut selalunya berlaku kepada orang-orang tua. Bagi kanak-kanak, ia tiada kaitan langsung dengan Vitagen. “Jadi, jangan bimbang, ia selamat diminum,” katanya.

SUMBER :

Astro Awani

Sinar Harian 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI