PDRM Cuba Perangkap Kenderaan Brunei?

PALSU :

Tular di media sosial yang dakwa kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan taktik menyunting gambar kenderaan asing yang memasuki negara ini dan dijadikan gambar bukti untuk mengeluarkan saman.

Gambar hiasan. Sumber Gambar : Google


SEBENARNYA :

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan bahawa PDRM tidak pernah memerangkap pesalah trafik negara jiran secara mala fide.

Operasi Saman Tertunggak Warga Asing dilaksanakan bagi tujuan menyelesaikan saman-saman tertunggak warganegara asing dari tahun 2010 dan disasarkan hanya terhadap rakyat asing yanf melanggar undang-undang serta peraturan lalu lintas di negara ini.

SUMBER : 

Portal Rasmi PDRM

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI