Penculikan Dan Penjualan Organ Di Sekitar Negeri Pahang?

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat berita penculikan dan penjualan organ di Daerah Kuantan dan Pahang.

Gambar hiasan. Sumber : cantikalamiku


SEBENARNYA :

Merujuk kepada berita penculikan dan penjualan organ di Daerah Kuantan dan Pahang umumnya yang sedang tersebar luas di media sosial sejak akhir-akhir ini. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pahang telah membuat semakan dan mendapati sehingga kini belum ada laporan polis yang diterima berhubung perkara ini.

Polis Kontinjen Pahang mengesahkan bahawa berita yang tersebar adalah palsu dan tidak benar.

SUMBER :

Polis Diraja Malaysia (PDRM)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI