Rusa Diburu Di Hutan Simpan Tasik Kenyir, Terengganu

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat aktiviti pemburuan yang berlaku di kawasan Hutan Simpan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

SEBENARNYA :

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu menafikan dakwaan kononnya gambar menunjukkan 10 ekor rusa diburu sekumpulan pemburu diviralkan di media sosial itu berlaku di Hutan Simpan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Pengarah PERHILITAN Terengganu, Mohd Hasdi Husin berkata, kejadian itu tidak berlaku di Tasik Kenyir atau di mana-mana kawasan di negeri itu. Bagaimanapun, pihaknya akan tetap menjalankan siasatan secara menyeluruh mengenai gambar yang viral di laman sosial itu.

SUMBER : 

Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI