Samun di Stesen Minyak Seksyen 7 Shah Alam?

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa telah berlaku dua kejadian samun di stesen minyak di Seksyen 7, Shah Alam.

Gambar hiasan. Sumber gambar : Media Suara Insan

SEBENARNYA :

Polis mengesahkan mesej yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp berhubung dua kejadian samun yang didakwa berlaku di sebuah stesen minyak di Seksyen 7, adalah palsu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata kejadian samun yang dikatakan membabitkan sekumpulan tiga lelaki bersenjatakan parang serta pisau itu tidak pernah berlaku.

 

SUMBER :

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI