Sumber gambar: Facebook.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata, tujuan kajian semula bagi menyemak status status penerima bantuan bukanlah untuk menyusahkan mereka, tetapi bagi memastikan hanya mereka yang layak menerima bantuan.

Ujarnya, “Menjadi hasrat kita untuk tidak menyusahkan, namun kita juga kena patuh kepada peraturan tertentu. Kalau kita tidak lakukan kajian semula tiga bulan sebelum tempoh habis bantuan setiap tahun, kemungkinan akan berlaku kes penerima bantuan meninggal dunia tetapi tidak dilaporkan.

“Jadi, pembayaran dibuat secara berterusan dan akibatnya waris terpaksa bayar semula kepada kementerian. Ini perkara yang ingin kita elakkan, jadi kita perlu buat juga kajian semula,” katanya.

Menurut Azizah, kajian semula juga membolehkan kementerian menyemak bantuan lain yang mungkin diperlukan penerima bantuan.”Mana tahu penerima bantuan itu perlukan bantuan lain daripada JKM atau agensi lain untuk tambah pendapatan mereka,” menurutnya.