PENJELASAN :
Majlis Keselamatan Negara (MKN) memperjelaskan laporan berkenaan serangan siber Ransomware NotPetya yang kini sedang berleluasa di Eropah, sepertimana yang hangat diperkatakan.
Gambar hiasan.Sumber gambar : Berita Harian
Menurut MKN, Malaysia belum menerima sebarang kes atau insiden berkaitan serangan siber Ransomware NotPetya .
Bagaimanapun MKN dalam kenyataan berkata, Malaysia juga berpotensi mengalami serangan itu.
Katanya, agensi Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (CNII), Pusat Kawalan dan Penyelerasan Siber Negara (NC4) sudah diaktifkan dalam fasa berjaga-jaga dan sedang memantau rapi situasi ancaman serangan siber berkenaan.
SUMBER :
Laman Web Rasmi Majlis Keselamatan Negara