SSM Kutip Yuran Tambahan GST?

PALSU :

Tular di media sosial  mendakwa bahawa  Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengutip yuran tambahan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Gambar hiasan. Sumber: Sinar Harian


SEBENARNYA :

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menafikan pernah bersekongkol dengan mana-mana ejen atau individu bagi mengutip yuran tambahan untuk penyediaan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

SSM, katanya,  menerima laporan terdapat pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama SSM bagi mendekati peniaga dengan meminta memindahkan sejumlah wang ke akaun individu tertentu.

SUMBER :

SSM

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI