Tiga Gadis Dibunuh Di Putrajaya?

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat pembunuhan tiga gadis di belukar Presint 15, Taman Rimba, Putrajaya.

Sumber gambar: Facebook


SEBENARNYA:

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan berita tular pembunuhan tiga gadis di belukar Presint 15, Taman Rimba, Putrajaya.

PDRM menyatakan bahawa tiada laporan diterima oleh pihak polis.

SUMBER :

Polis Diraja Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI