Skip to content
cropped-SEBENARNYA-LOGO-1.png

Primary Menu
  • UTAMA
  • NASIONAL
  • SOSIAL
  • LOGO
  • SALUR
Video
  • Home
  • SOSIAL
  • Kesihatan
  • Ubat Paracetamol Keluaran Royce Pharma Mengandungi Alkohol?
  • Kesihatan

Ubat Paracetamol Keluaran Royce Pharma Mengandungi Alkohol?

shahnon October, 2015 1 minute read
2017-02-17_025918-1

PENJELASAN :

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperjelaskan laporan bahawa ubat Paracetamol keluaran Royce Pharma dikatakan mengandungi alkohol sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

Menurut KKM, pihaknya telah menetapkan spesifikasi bahawa produk paracetamol syrup 120mg/5ml yang dibekalkan adalah tidal mengandungi alkohol. Penilaian yang djalankan keatas sampel yang dikemukakan semasa tawaran dibuat mendapati bahawa kandungan alkohol tidak dinyatakan pada label dan sisip bungkusan produk. Justeru, tawaran telah diberikan kepada produk yang dikeluarkan oleh syarikat Royce Pharma Sdn Bhd untuk membekalkan produk tersebut ke beberapa fasiliti KKM.

Namun begitu, siasatan lanjut mendapati bahawa produk tersebut sebenarnya didapati mengandungi alkohol tetapi tidak dinyatakan pada label dan sisip bungkusan. Syarikat telah didapati tidak mematuhi spesifikasi tawaran kerana gagal mematuhi pelabelan produk dan telah melanggar slarat pendaftaran. Pihak Kementerian telah mengarahkan agar syarikat memanggil balik semua produk yang tidak mematuhi syarat label daripada pasaran dan faciliti yang terlibat.

Walaubagaimanapun, dimaklumkan bahawa produk tersebut telah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan didapati mematuhi keperluan kualiti, keselamatan dan keberkesanan. Orang awam tidak perlu bimbang kerana walaupun ia mengandungi alkohol dalam had yang dibenarkan, tiada isu keselamatan yang dilaporkan.

SUMBER : 

Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI


About the Author

shahnon

Subscriber

View All Posts

Post navigation

Previous: Bangkai MH370 Ditemui Di Filipina?
Next: Jerebu Kuning Melanda Kuala Lumpur?

Related Stories

Logo KKM
  • Kesihatan

Kos Rawatan Hepatitis C Serendah RM500 Menjelang Hujung Tahun 2017?

admin September, 2017
Logo KKM
  • Kesihatan

Aliran Luar Biasa Wabak Influenza ?

admin August, 2017
KKM
  • Kesihatan
  • Urus Tadbir

Penjual Krim Natural Progestrerones Memalsukan Dokumen?

admin August, 2017
©2024 SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA | MoreNews by AF themes.