Waspada Kes Penipuan Macau Scam

WASPADA :

Orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati dengan panggilan telefon yang meminta pemindahan sejumlah wang untuk pembayaran ‘hutang’ tertentu.

Gambar hiasan. Sumber gambar : The Malta Independent

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) (Siber dan Siasatan Multimedia) Bukit Aman, SAC Ahmad Nordin Ismail menasihatkan orang ramai supaya tidak panik dan tertipu dengan panggilan telefon oleh individu yang mengaku sebagai pegawai bank atau anggota polis yang mendakwa kononnya mangsa ada “hutang” tertentu, sebelum mengarahkan mangsa untuk memindahkan sejumlah wang untuk pembayaran.

Daripada Januari hingga Julai 2017, sejumlah 363 kes dengan ‘modus operandi’ yang sama telah dilaporkan di seluruh negara melibatkan kerugian berjumlah RM12.8juta.

SUMBER :

Bernama

Malay Mail Online


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI