PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat cubaan menculik kanak-kanak oleh dua lelaki di Presint 11 dan 16,Putrajaya.
Sumber gambar : Facebook
SEBENARNYA :
Polis Putrajaya menafikan bahawa terdapat cubaan menculik kanak-kanak oleh dua lelaki di Putrajaya.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata pihak berkuasa telah menghantar pegawai mereka di kawasan berkenaan untuk membuat tinjauan dan siasatan secara menyeluruh di semua sekolah di Putrajaya.
SUMBER