‘Bonus Rakyat 1Perak Ku’ Daripada Kerajaan Perak?

PALSU :

Hangat diperkatakan di media sosial kononnya kerajaan negeri Perak bakal memberikan bonus kepada warga negeri Perak, yang dinamakan Bonus Rakyat 1Perak Ku (BR1PK). Wang yang bakal diberikan berjumlah RM750 dan dikhususkan untuk rakyat Perak berumur 16 hingga 55 tahun.

Sumber gambar : Sinar Harian.

SEBENARNYA :

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menafikan penularan mesej kononnya kerajaan negeri memberi ‘Bonus Rakyat 1Perak Ku (BR1PK)’ menerusi aplikasi WhatsApp sejak semalam.

Beliau berkata penularan mesej palsu itu merupakan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang berniat jahat terhadap kerajaan negeri.

SUMBER :

Bernama

Utusan


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI