Wanita Diculik Di Taman Megah, Sandakan?

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa berlaku kejadian tiga lelaki menculik seorang wanita menggunakan teksi di Sandakan.

Sumber: Facebook.

SEBENARNYA :

Polis Sandakan menafikan kejadian seorang wanita diculik tiga lelaki di Taman Megah Batu di sini, yang ditularkan menerusi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP, Azhar Hamin berkata, siasatan mendapati wanita berumur lingkungan 20-an itu sebenarnya bertindak mengikut rakan-rakan lelakinya setelah menghadapi masalah rumahtangga dengan suaminya.

SUMBER :

Twitter Bernama

Berita Harian

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI