Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Anjur Solat Hajat Bantah Konsert Selena Gomez?

PALSU :

Tular di media sosial yang dakwaan bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)  terlibat dalam pembantahan konsert Selena Gomez di stadium Shah Alam dan menggesa seluruh masjid dan surau di Selangor bagi mengadakan solat hajat memohon konsert Selena Gomez dibatalkan.

Sumber gambar: Google


SEBENARNYA :

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menafikan mengeluarkan apa-apa arahan kepada masjid and surau di negeri itu supaya mengadakan solat hajat memohon pembatalan konsert artis Amerika Syarikat, Selena Gomez.

“Adalah ditegaskan di sini, sebarang pembatalan kosert Selena Gomez adalah tertakluk di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan ianya di luar bidang kuasa JAIS,” kata kenyataan ringkas Pengarah JAIS , Datuk Haris Kasim.

SUMBER :

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI