JAKIM Lulus Konsert Selena Gomez?

,

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merupakan pihak yang telah meluluskan konsert penyanyi antarabangsa, Selena Gomez.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA :

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan tuduhan yang mendakwa pihaknya meluluskan konsert penyanyi antarabangsa, Selena Gomez pada Julai 2016.

Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Othman Mustapha, berkata kelulusan konsert dan seumpamanya bukan di bawah bidang kuasa jabatan itu.         “Tuduhan sebegini boleh menjejaskan reputasi dan kredibiliti JAKIM sebagai agensi bertanggungjawab menyelaras pengurusan hal ehwal Islam di negara ini. “Justeu, saya memohon kerjasama pihak yang berkaitan agar merujuk terlebih dahulu kepada JAKIM sebelum membuat sebarang kenyataan berkaitan agensi ini,” kata beliau.

SUMBER :

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI