PALSU :
Tersebar luas di media sosial satu kenyataan yang mendakwa Jabatan Penerangan memaklumkan bahawa Perdana Menteri Malaysia telah meletak jawatan dan memohon maaf kepada musuh politiknya.
Sumber gambar: eakhbar
SEBENARNYA :
Jabatan Penerangan menafikan bahawa mereka ada mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung peletakan jawatan Perdana Menteri.
Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata, penafian itu dibuat susulan daripada sistem e-Akhbar dan e-Press milik jabatan itu yang disyaki telah digodam dengan penyiaran dua kenyataan – ‘Memo Permohonan Rakyat Malaysia dan Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan.’
SUMBER :