JAKIM: Umat Islam Perlu Tukar Arah Kiblat?

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan kononnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyatakan bahawa umat Islam perlu membetulkan arah kiblat masing-masing yang berpunca daripada peralihan kutub.

Gambar hiasan. Sumber : MobiCloud.

SEBENARNYA :

Menurut Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Haji Othman Mustapha, dakwaan bahawa umat Islam perlu membetulkan arah kiblat masing-masing yang berpunca daripada peralihan kutub adalah tidak benar kerana tiada asas yang kuat mengesahkan perkara ini.

Hasil daripada rujukan JAKIM kepada pihak yang berautoriti, kejadian gempa bumi yang berlaku baru-baru ini tidak menyebabkan berlakunya perubahan pada kedudukan kutub.

SUMBER :

Facebook Rasmi Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI