Jalan Mendap Berdekatan Terowong Genting Sempah?

PALSU :

Tular di media sosial yang dakwaan bahawa jalan mendap berdekatan terowong Genting Sempah. Dakwaan tersebut telah disebar ketika orang ramai pulang ke kampung halaman untuk sambutan Aidiladha 2016.

Gambar hiasan. Sumber : Google


SEBENARNYA :

Pemegang konsesi Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, Anih Berhad menafikan dakwaan bahawa jalan selepas terowong Genting Sempah arah Kuala Lumpur-Kuantan mendap seperti yang tersebar di laman sosial WhatsApp.

Jurucakapnya berkata berita itu palsu dan pengguna jalan raya boleh mengikuti perkembangan berkaitan berita dan trafik menerusi Twitter @LPTTrafik.

SUMBER :

Astro Awani

Sinar Harian

Twitter Pejabat Pertahanan Awam Daerah Bentong


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI