Kad Kredit Dan Debit Boleh Digodam Oleh Penyeluk Saku Digital?

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa kad kredit dan debit boleh digodam oleh penyeluk saku secara digital (pencopet elektronik) ke atas individu yang memiliki kad tanpa sentuhan.

Sumber gambar: Facebook


SEBENARNYA :

Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan laporan media mengenai ‘penyeluk saku secara digital (pencopet elektronik) ke atas individu yang memiliki kad tanpa sentuhan.

Dalam satu kenyataan, BNM berkata, kad tanpa sentuhan dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang menjadikannya instrumen pembayaran yang terjamin.

BNM menjelaskan, kad tanpa sentuhan dilengkapi cip EMV dengan ciri keselamatan kriptografi canggih, yang menjana kod dinamik bagi setiap transaksi.

SUMBER : 

Bernama

Sinar Harian

Astroawani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI