PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa berita khidmat kakitangan awam yang berkontrak bakal ditamatkan sepenuhnya bermula tahun Disember 2016 ini.
SEBENARNYA :
Kerajaan tidak berhasrat menamatkan khidmat kakitangan kontrak dalam perkhidmatan pada Disember tahun ini seperti didakwa dalam laporan disiarkan sebuah portal berita.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata dakwaan itu disebarkan oleh mereka yang tidak berwibawa dan tidak bertanggungjawab.
SUMBER :