Skip to content
cropped-SEBENARNYA-LOGO-1.png

Primary Menu
  • UTAMA
  • NASIONAL
  • SOSIAL
  • LOGO
  • SALUR
Video
  • Home
  • NASIONAL
  • MCMC Dan KDN Pantau Semua Panggilan Telefon Dan Perbualan Media Sosial di Malaysia?
  • NASIONAL

MCMC Dan KDN Pantau Semua Panggilan Telefon Dan Perbualan Media Sosial di Malaysia?

Syed NMMD July, 2017 1 minute read
admin-ajax

PALSU:

Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) merakam serta memantau semua panggilan telefon dan perbualan media sosial rakyat Malaysia

Versi Terkini. Tular: Julai 2017

Sumber gambar: Whatsapp

 

Versi Terdahulu. Tular: April 2017

Sumber gambar: Whatsapp

 

Versi Terdahulu. Tular: April 2017

Sumber gambar: Whatsapp


SEBENARNYA :

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim, menegaskan bahawa mesej palsu yang sedang dikitar semula di media sosial tiada kaitan dan bukan dikeluarkan oleh KDN.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak pernah mengeluarkan peraturan komunikasi baharu termasuk merakam semua panggilan telefon atau memantau media sosial orang ramai di negara ini.

Selain itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM)  menafikan mengeluarkan peraturan baharu kononnya semua panggilan telefon dan medium media sosial, dirakam serta dipantau kementerian itu.

Timbalan Menteri KKMM, Datuk Jailani Johari berkata,  peraturan yang tersebar di media sosial itu adalah palsu. “Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau kenyataan berhubung perkara terbabit,” katanya.

 

SUMBER:

Laman Web Rasmi MCMC

Laman Facebook Rasmi KDN

Berita Harian

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI


About the Author

Syed NMMD

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Sindiket Pengeluaran Wang KWSP?
Next: MCMC Dan KDN Rakam Serta Pantau Semua Panggilan Telefon Dan Perbualan Media Sosial Rakyat Malaysia?

Related Stories

0555bbe9368a05bff51437bdc1ff702e_XL
  • NASIONAL

Mangsa Buli Kolej Vokasional Di Terengganu Dipaksa Melalukan Oral Seks?

admin January, 2018
spr-election-commission
  • NASIONAL
  • PRU

SPR Terlibat Terbit Klip Video Berunsur Hasutan?

admin January, 2018
Kementerian pendidikan malaysia vector logo
  • NASIONAL
  • Pendidikan

Mangsa Buli Di Kolej Vokasional Terengganu Dipaksa Melakukan Seks Oral ?

admin August, 2017
©2024 SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA | MoreNews by AF themes.