PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa jenama produk Baba’s dan Alggapa’s mengandungi ramuan yang tidak sewajarnya. Ada juga yang mendakwa bahawa kedua-dua produk berkenaan menggunakan najis tahi lembu di dalam produk mereka.
Sumber gambar: Facebook
SEBENARNYA :
Pihak JAKIM menjelaskan, maklumat yang tersebar berkenaan serbuk kari jenama Baba’s dan Alagappa’s mengandungi ramuan yang tidak sewajarnya adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali.
Untuk makluman pengguna, kedua-dua produk ini merupakan Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.
SUMBER :
Facebook Bahagian Hab Halal, Jakim