Rekod Penama KWSP Hilang?

,

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat emel berantai berbahasa Inggeris yang berbunyi seperti di bawah:

“Sila periksa KWSP anda untuk memastikan bahawa waris anda yang dinamakan adalah dalam rekod. Jika tidak, data penama anda akan hilang dan apabila pencarum meninggal dunia, wang tersebut akan diambil oleh pegawai KWSP sendiri”.

Gambar hiasan. Sumber gambar: Harian Metro.

SEBENARNYA:

Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP dalam satu kenyataan menjawab bahawa mesej berantai tersebut adalah satu penipuan.

Katanya, e-mel berantai itu mengandungi tuduhan yang tidak benar dan tidak ada kes butiran penama yang hilang. KWSP turut menambah bahawa sebagai rekod, butiran penama disimpan dalam bentuk rekod fizikal (KWSP 4) yang selamat disimpan di sebuah lokasi berpusat di Lembah Klang dan simpanan tersebut hanya boleh diakses dengan mendapatkan semula borang secara manual.

SUMBER :

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI