Suspek Pecah Masuk Pejabat MB Kelantan Untuk Curi Dokumen Sulit?

,

TULAR :

Tular di media sosial dakwaan bahawa suspek yang memecah masuk pejabat Menteri Besar (MB) Kelantan baru-baru ini adalah bertujuan mencuri dokumen sulit.

Sumber gambar: Facebook.

PENJELASAN :

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Setapa Yusoff berkata hasil siasatan mereka mendapati kejadian pecah masuk pejabat Menteri Besar Kelantan telah menyebabkan wang tunai berjumlah RM1,500 dan dua bentuk cincin yang dianggarkan bernilai RM1,000 hilang dicuri.

Beliau menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan suspek pecah masuk bangunan berkenaan untuk mencuri dokumen sulit.

SUMBER :

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI