Tujuh Wanita Maut Selepas Mencium Sampel Wangian?

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bah tujuh wanita telah meninggal dunia akibat menghidu bau wangian dari sampel yang diposkan kepada mereka yang dikatakan dari Hospital Gleneagles. Tulisan tersebut disertai gambar bekas wangian tersebut.

Sumber gambar: Facebook


SEBENARNYA :

Polis menafikan khabar angin bahawa tujuh orang wanita mati di sebuah hospital swasta di Jalan Ampang dekat sini baru-baru ini selepas mereka menerima bungkusan mengandungi sampel wangian atau losyen beracun.

Pengurus Perhubungan Awam dan Komunikasi Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Adeline Abdul Ghani juga berkata bahawa maklumat itu adalah satu penipuan dan tidak disampaikan dari mana-mana pekerja Hospital tersebut.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Amar, Singh Ishar Singh dalam satu kenyataan di Facebook polis berkata, perkara itu disahkan tidak benar selepas semakan dibuat dengan pihak hospital berkenaan dan mendapati bahawa laporan itu tidak berasas sama sekali.

SUMBER :

Facebook PDRM

The Star Online

MStar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI