Van Polis Diletupkan DAESH/ISIS Di Jalan TAR?

,

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa sebuah van milik pasukan PDRM terbakar di Jalan Tunku Abdul Rahman angkara kumpulan pengganas Islamic State (IS).

 

 

 

 

 

 

 

Sumber gambar: Google


SEBENARNYA :

Polis Kuala Lumpur menafikan kejadian sebuah van terbakar di Jalan Tuanku Abdul Rahman kelmarin angkara kumpulan peng-ganas Islamic State (IS).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato’ Amar Singh Ishar Singh berkata, viral di laman sosial yang mengatakan van jenis Toyota itu dibom oleh pengganas IS adalah tidak benar.

Siasatan polis mendapati kebakaran itu berpunca daripada masalah teknikal dan polis Kuala Lumpur meminta orang ramai tidak terpedaya dengan berita palsu yang diviralkan menerusi laman sosial.

SUMBER :

Berita Harian

Polis Diraja Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI